Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti.
Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…’’
‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa
kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,’’
‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku
boleh cari mak we,’’
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah
jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!)
‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’ Fathil separuh berbisik.
Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.
‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika. Bukan
Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik untuk Fika
berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar
Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia
memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang
kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini.
Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat
lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan
matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis
itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari
bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika pun
turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis
jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya sebagai penghubung saban
hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah
makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita
sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak
mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia
membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian
bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau
tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek
warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini… Fika,
bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika…)
Tok!Tok! Assalamualaikum…
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya
diketuk.
‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya. Bibir
lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat tangan
dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu memperkenalkan diri.
‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
sebelah, kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula
berirama minta diangkat.
‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,’’. Fathil tergesagesa
mengikat tali kasut.
‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!’’ Ujar Fathil
kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja tali
kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur
petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu
mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa tanpa
membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.
‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.
‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking Fathil. Umar menggosokgosokkan
mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset seketika, kemudian
pantas menutupnya.
‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar pun
susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan Umar.
‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli sambil
ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
turut tersenyum.
‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak
Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar
lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di
negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada
sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan
untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam
perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh
lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro… Aku
dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman
Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek
aku mendengarnya!)
‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang
cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena hantar,’’
Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu, kami
semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna menawarkan pertolongan.
‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar menolak.
‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau nta
datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau kita
tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda mainmain,
ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita semuanya
dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga
minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!’’
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group…)
‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita dah
janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan dia.
Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’
‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap sahabat
kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau ditanya,
katakan ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta tapi tak
dapat-dapat,’’. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam yang kini
sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru semalam dia
bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi jahanamlah…aku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.
‘’Kenapa tak inform?’’
‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak berselindung.
‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong. Betulbetul
bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah terutamanya
smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu lagi, bosan! Ana tak
nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak tahan dan
memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana macam
kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da’wah, tarbiyyah…ahh,
meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak
tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasiranasir
lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita
dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita
terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna menyambung lagi,
‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita
tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada
mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah
tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?’’
‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,’’ jiwa Umar
gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga tahu,
kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah yang
merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta nak
berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini. Kita akan
mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi?’’
Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik. Nantilah,esok
kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar terusik. Banna tersenyum.
Air liurnya tak terbuang sia-sia.
‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas’ul kita, Dr Azmin,’’
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…’’ Umar
menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall jap,
Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun beredar. Umar membalas salam.
Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan itu dengan
suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar tadi,
lalu dia membuat satu sms.....