Rebutia Fan Club



Join the forum, it's quick and easy

Rebutia Fan Club

Rebutia Fan Club

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Forum Untuk Semua Jurulatih, Fasilitator dan Peserta Program Rebutia...Ukhuwwah itu indah..bila bertemu dan berpisah kerana Allah


2 posters

    Rahsia Ikon Malaysia

    idhamcute
    idhamcute
    Facilitator


    Rahsia Ikon Malaysia Empty Rahsia Ikon Malaysia

    Post by idhamcute Sun Apr 12, 2009 1:16 pm

    Assalamualaikum...
    "Alhamdulillah..." itulah ungkapan salah seorang pelajar Malaysia yang telah mencipta rekod pada tahun 2008 bagi Sijil Pelajaran Malaysia. Kejayaan beliau telah membawa rezeki yang melimpah ruah buat dirinya dan juga keluarga. Am ada terbaca satu artikel baru-baru ini. Penulis itu telah merungkai faktor-faktor setiap kajayaan beliau.

    Jadi, Am nak berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang kejayaan Nik Nur Madihah, ikon pelajar Malaysia 2008. Nik Nur Madihah sememangnya layak untuk dijadikan contoh ataupun role model kepada pelajar-pelajar di Malaysia.
    Sahabat-sahabat...
    Nik Nur Madihah datang daripada keluarga yang susah. Kita sendiri boleh melihat kesusahan yang dihadapinya. Namun, kesusahan itu tidak menjadikan lemah untuk terus bangun. Malah, dia menjadi lebih berani menghadapi segala kemungkinan. Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Berkat kesabaran dan amal ibadatnya kepada Allah, dikurniakannya rezeki yang melimpah ruah.

    Sahabat-sahabat,
    Nik Nur Madihah ada rahsianya yang tersendiri. Beliau memang berasal daripada golongan minoriti. Maksudnya...bukan daripada kalangan yang berada la...tapi dia tetap yakin pada kekuasaan Allah. Segala rezeki datang daripadaNya. Jadi, Am nak huraikan 2 perkara yang menjadikan Nik Nur Madihah kuat dan cekal sehingga mendapat hasil yang lumayan daripada Allah.

    Pertama, MUSIBAH:
    Bagi diri Nik Nur Madihah, musibah adalah titik perjalanan rahani. Allah tidak mendatangkan kesusahan semata-mata untuk menyusahkan hamba-hambaNya. Tetapi untuk menguji sekuat mana ketaqwaan kita kepadaNya. Nik Nur Madihah termasuk dalam kalangan yang sentiasa bersyukur dan redha atas apa-apa yang telah dikurniakan kepada diri dan keluarga. Musibah adalah baik untuk rohani manusia. Hal ini demikian kerana musibahlah yang sentiasa memperingi bahawa siapa diri kita yang sebenarnya. Musibahlah yang menasihati kita supaya lebih kenal diri sendiri. Apabila kita kenal diri secara automatik kita akan kenal siapa yang lebih berkuasa. Siapa yang lebih besar? Siapa kita dan siapa Dia?

    Cuba kita fikir...kenapa Allah memberikan musibah ataupun ujian kepada kita semua. Ada hikmahnya... flower
    Dia mahu kita supaya sentiasa ingat padaNya. Bukan itu sahaja, Dia juga mahu kita bergantung pada kekuasaanNya bukan pada selain daripadaNya. Nik Nur Madihah, pelajar yang sentiasa mengingati dan bergantung pada Yang Maha Esa. Beliau selalu berpuasa sunat. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Nik Nur Madihah adalah pelajar sekolah agama tetapi bukan itu faktor bagi beliau untuk melakukan ibadah kerana Allah S.W.T. Bergantunglah padaNya. Mohonlah padaNya. Merayulah padaNya....

    Kedua, MENYERAH DIRI:
    Seperti apa-apa yang Am katakan tadi, Nik Nur Madihah betul-betul bergantung harap pada Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Penulis artikel tentang Nik Nur Madihah menggalakkan kita agar mengamalkan konsep 'total surrender'. Tiada apa-apa di atas muka bumi ini adalah milik kita. Semunya adalah milik Dia. Allah juga ada menyuruh hamba-hambaNya agar berusaha dan setelah itu berdoa dan pohonlah padaNya. Kita hanya manusia biasa. Sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha. Segala rezeki, jodoh dan ketentuan ada di tanganNya. Andai kata, kita dirundung masalah sujud dan mengadu padaNya. Jangan sesekali kita terlalu mengikut hawa nafsu. Jikalau terikut hawa nafsu, fikiran dan segala masalah kita akan bertambah runsing dan sebab itu juga seseorang itu akan lebih menjauhkan diri daripada Allah. Yakinlah pada Allah kerna dia Maha Berkuasa.

    Wassalam...
    SisDyna
    SisDyna
    Admin


    Rahsia Ikon Malaysia Empty Re: Rahsia Ikon Malaysia

    Post by SisDyna Mon Apr 13, 2009 1:07 pm

    "Sesungguhnya dengan tiap kesusahan (usaha) akan datang kemudahan (kejayaan)"
    Al-Insyirah

      Current date/time is Fri May 17, 2024 5:28 pm